Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan empat rumah tidak kekal di Kampung Sarayo, Jalan Kayu Madang, Kota Kinabalu awal pagi tadi. Foto JBPM

4 rumah di Kayu Madang musnah dijilat api

ByTVS

KOTA KINABALU, 7 Mei: Empat buah rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku lewat malam tadi di Kampung Sarayo, Jalan Kayu Madang.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.33 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Lintas bersama bantuan dari BBP Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi.

Operasi melibatkan 24 anggota dan lima jentera, termasuk tiga FRT, satu LFRT dan satu EMRS. Ketibaan pasukan di lokasi pada jam 12.05 pagi mendapati api sedang marak membakar rumah-rumah yang berkeluasan 20×30 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan empat buah rumah jenis tidak kekal dan kesemuanya terbakar 100 peratus,” kata Komander Operasi, PBK I Selvister Yamud.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua pancutan sepanjang 200 kaki berpunca dari tangki jentera bomba. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.34 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.31 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan