COLOMBO, 6 Mei: Sri Lanka mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara pada Selasa, selepas tertangguh selama tujuh tahun.
Lebih 17 juta pengundi berdaftar layak mengundi untuk memilih wakil bagi 339 badan kerajaan tempatan di seluruh negara, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu, R.M.A.L. Ratnayake, lapor Xinhua.
Pengundian dijadualkan berlangsung pada Selasa dari 7 pagi hingga 4 petang waktu tempatan.
Pihak polis Sri Lanka memaklumkan hampir 65,000 pegawai polis dikerah di seluruh negara bagi memastikan keselamatan awam, manakala tentera bersedia untuk digerakkan jika diperlukan.
Pilihan raya ini dilihat sebagai ujian utama terhadap tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan semasa.
Menurut suruhanjaya itu, pengundi akan memilih seramai 8,287 anggota bagi 339 badan kerajaan tempatan termasuk 28 majlis perbandaran dan 36 majlis bandar raya.
Antara parti yang bertanding ialah parti pemerintah Kuasa Rakyat Kebangsaan, pembangkang utama Samagi Jana Balawegaya, Parti Kebangsaan Bersatu serta Sri Lanka Podujana Peramuna. -TVS