Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Zafrul bercakap dalam sidang media Pengumuman Kad Laporan Suku Pertama MITI 2025 di ibu negara di sini, hari ini. Foto, TVS.

PKS diminta manfaat dana RM50 juta teroka pasaran baharu

ByTVS

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan berpeluang memanfaatkan peruntukan tambahan RM50 juta disediakan kerajaan untuk meneroka pasaran baharu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif berkenaan juga merupakan langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh ekonomi dan perdagangan negara di peringkat global.

Kata beliau menerusi peruntukan disalurkan kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu, ia akan membantu untuk mempercepatkan penerokaan pasaran baharu.

“Kita memberi fokus kepada pasaran-pasaran baharu yang telah kita terokai.

“Peruntukan ini memberi peluang kepada PKS untuk masuk ke pasaran baharu seperti Rusia, benua Afrika, Timur Tengah dan juga Amerika Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Kad Laporan Suku Pertama MITI 2025 di kementeriannya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya Liew Chin Tong.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Khas Parlimen semalam mengumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada MATRADE bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu.

Anwar berkata langkah tersebut merupakan satu daripada strategi kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana, berikutan tarif timbal balik mengejut yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia.

Sementara itu Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Perdana Menteri dijangka akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dalam masa terdekat untuk meneroka ruang perdagangan baharu dengan negara tersebut.

“Pada masa sama, beliau akan berjumpa dengan rakan-rakan dan syarikat-syarikat yang berdagang dengan Malaysia serta syarikat yang melabur di sini.

“Ini termasuk juga pelabur-pelabur Malaysia ke Rusia,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan