Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan sebuah vesel tunda dan tongkang untuk beroperasi secara haram di perairan Kuala Baram gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri semalam. Foto APMM

Maritim gagalkan operasi haram kapal tunda, tongkang di Kuala Baram

BySalasiah Safian

MIRI, 6 Mei: Cubaan sebuah vesel tunda bersama tongkang beroperasi secara haram di perairan Kuala Baram digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri pada Isnin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, kedua-dua vesel itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira 3.2 batu nautika dari barat daya Kuala Baram sebelum dipintas pasukan peronda sekitar pukul 12.30 tengah hari menerusi Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0.

Menurutnya hasil pemeriksaan mendapati kru vesel itu bukan sahaja membawa muatan selain daripada yang dibenarkan, malah gagal menunjukkan sebarang dokumen pelesenan sah.

“Vesel tunda itu membawa lapan kru termasuk nakhoda terdiri daripada empat warga tempatan, dua warga Myanmar dan dua warga Indonesia, berumur antara 23 hingga 49 tahun. Kesemua mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Khairol Anuar turut berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh membahayakan keselamatan pelayaran di kawasan perairan negara.

Kes kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atas kesalahan membawa muatan tidak dibenarkan serta gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri.

Tambahnya, Maritim Malaysia terus komited mempertingkat rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang jenayah maritim dan pelanggaran undang-undang di laut.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut boleh dilaporkan ke talian hotline Maritim Malaysia Zon Miri di talian 085-649111 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan