Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muslims performing prayers around the Kaaba at the Grand Mosque in Saudi Arabia's holy city of Makkah. Photo by AFP.

Arab Saudi keluar amaran terhadap penempatan pemegang visa ziarah semasa musim Haji

ByBernama

RIYADH, 4 Mei: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga SR100,000 akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang menempatkan atau melindungi pemegang visa ziarah di mana-mana jenis kediaman, termasuk hotel, pangsapuri, rumah persendirian, pusat penginapan atau penempatan haji di Makkah dan kawasan suci.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), larangan itu berkuat kuasa dari 1 Zulkaedah hingga 14 Zulhijah dan turut melibatkan sesiapa yang membantu pemegang visa ziarah tinggal secara tidak sah.

Kementerian turut memberi amaran bahawa jumlah penalti akan meningkat mengikut bilangan individu yang melanggar peraturan dengan cara ditempatkan, dilindungi atau dibantu.

Orang ramai digesa mematuhi peraturan haji bagi menjamin keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah. Sebarang pelanggaran boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi wilayah lain di kerajaan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan