Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 38 individu berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Mega Noda yang dijalankan polis di 10 premis hiburan tanpa lesen di sekitar ibu negara semalam. Foto fail Bernama

Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sebanyak 38 individu berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Mega Noda yang dijalankan polis di 10 premis hiburan tanpa lesen di sekitar ibu negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula 12 tengah malam itu terdiri daripada tujuh warga tempatan manakala bakinya warga Bangladesh, Uganda, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Kenya dan India.

“Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan membabitkan penjaga kaunter, pekerja warga asing, pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur serta hasil operasi turut merampas peralatan pusat hiburan, kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai RM2,892,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain tiada lesen hiburan sah, pemeriksaan mendapati kesemua premis terbabit tidak memiliki lesen minuman keras dan menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah.

Difahamkan, polis turut mengesan kegiatan pelacuran di premis di Jalan Changkat dan Jalan Nagasari di sini membabitkan warga Uganda, Kemboja dan Kenya dengan bayaran RM180 hingga RM200 menerusi operasi terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 372B dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan