Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Serbia, Aleksandar Vucic. Foto fail AFP

Presiden Serbia dimasukkan ke hospital selepas alami masalah kesihatan ketika lawatan ke AS

ByBernama

BELGRADE, 4 Mei: Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dimasukkan ke hospital di Belgrade pada Sabtu selepas terpaksa memendekkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat akibat masalah kesihatan, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sebaik tiba di Belgrade, beliau dibawa ke Akademi Perubatan Ketenteraan (VMA), menurut kenyataan pejabat Presiden.

Presiden Vucic dilaporkan mula mengalami masalah kesihatan pada petang Jumaat waktu tempatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Claudia Tenney, bekas Gabenor Illinois, Rod Blagojevich dan beberapa wakil perniagaan Serbia-Amerika.

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatannya akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan