Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia sekali lagi membuktikan keunggulan dalam sukan boling padang apabila berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan di Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 & ke-14 Bawah 25 tahun 2025 yang berlangsung dari 27 April hingga semalam di Clark, Filipina. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia (FB)

Skuad boling padang pertahan gelaran Asia di Filipina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Malaysia sekali lagi membuktikan keunggulan dalam sukan boling padang apabila berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan di Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 & ke-14 Bawah 25 tahun 2025 yang berlangsung dari 27 April hingga semalam di Clark, Filipina.

Skuad negara menamatkan kempen dengan pungutan membanggakan meraih tujuh pingat emas, dua perak dan satu gangsa sekali gus mengekalkan kedudukan selaku kuasa besar boling padang di rantau Asia.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz menyifatkan kejayaan skuad negara membawa pulang tujuh daripada 11 pingat emas yang dipertandingkan sebagai satu pencapaian luar biasa dan antara yang terbaik pernah dicapai pasukan setakat ini.

Beliau berkata kejayaan itu turut didorong oleh strategi latihan intensif yang dijalankan di padang rumput semula jadi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan yang mempunyai ciri permukaan padang hampir sama seperti di Clark Bowling Green iaitu lokasi kejohanan berlangsung.

“Tahniah atas kesungguhan dan kerja keras atlet, jurulatih dan pihak pengurusan. Saya sungguh berbangga dengan mereka.

“Saya berharap kita dapat mengekalkan momentum yang sama untuk kejohanan antarabangsa yang akan datang, terutamanya Piala Dunia pada November tahun ini dan Sukan Komanwel pada tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan PLBM hari ini.

Tujuh pingat emas itu diperoleh menerusi acara berpasukan lelaki (pairs, triples dan fours), berpasukan wanita (perseorangan dan pairs) serta pasukan bawah 25 tahun (perseorangan wanita dan beregu campuran). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan