Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima cenderahati daripada penganjur. Foto TVS

Peranan besar GTR Rimbas Ulu realisasikan agenda kerajaan dihargai

SPAOH, 3 Mei: Penduduk di bawah naungan Persatuan Tuai Rumah (GTR) Rimbas Ulu disarankan melibatkan diri secara aktif dalam bidang sosioekonomi untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, untuk tujuan berkenaan mereka harus kekal proaktif dengan memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada di Bukit Saban.

“Tidak lama lagi Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLPort) kita di Spaoh ini akan siap.

“Untuk apa Premier bagi kita lapangan terbang ini?…agar kita dapat pasarkan produk kita ke luar daripada Spaoh,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Pengerami Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 anjuran Persatuan Tuai Rumah (GTR) Rimbas Ulu, Debak di Dewan Masyarakat Spaoh pada Sabtu.

Katanya, GTR Rimbas Ulu memainkan peranan penting dalam membantu wakil rakyat serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak ditubuhkan.

Tambah Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, untuk maju ke depan ahli-ahli GTR Rimbas Ulu harus bijak dalam merancang program-program berkaitan di kawasan masing-masing.

“Saya tahu ramai antara penduduk di sini mengusahakan tanaman sawit, lada malah ada mengusahakan baju kebaya.

“Perkembangan ini amat baik maka, saya sebagai wakil rakyat di Bukit Saban bersama dengan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu akan terus menyokong usaha ini sehabis baik hingga berjaya,” katanya.

Majlis yang turut dihadiri oleh sekitar 500 tetamu itu turut dihadiri oleh isteri Uggah, Datin Amar Doreen Mayang, Pegawai Daerah Kecil Spaoh, Denny Lim, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Muhammad Ibrahim serta pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu sekitar Spaoh dan Debak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan