Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Wanita rugi RM20,800 diperdaya pelaburan palsu

ByBernama

SEREMBAN, 10 Sept (Bernama) — Seorang wanita mengalami kerugian RM20,800 akibat diperdaya pelaburan palsu dalam talian di Kuala Pilah dekat sini Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata mulanya wanita itu menerima pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan kerja menjual barangan secara dalam talian pada 4 Sept.

Beliau berkata keesokan harinya wanita berusia 32 tahun itu menerima bayaran sebanyak RM230, kononnya kerana telah ‘berjaya’, sebelum suspek ‘memancing’ wanita itu untuk membuat satu pelaburan pada 6 Sept.

“Akibat percaya, wanita itu bersetuju dan kemudian membuat pemindahan wang ke dalam akaun seorang individu sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan nilai berjumlah RM20,800.

“Kesemua wang itu dimasukkan susulan wanita itu dijanjikan keuntungan yang banyak, dan wanita itu ada menghubungi suspek pada 8 Sept lepas untuk meminta wang yang dijanjikan, sebelum nombor telefonnya disekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aibee berkata wanita itu membuat laporan polis pada hari yang sama setelah menyedari ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan