Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyaksikan penyerahan Pemit Penempatan (OP) Sekolah Agama Majlis Islam No.2 Kuching

Sarawak perlukan ramai tenaga mahir

ByMahathir Haroun

KUCHING, 3 Mei: Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga mahir bagi memacu pembangunan wilayah ini menerusi ekonomi hijau dan digital.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ketika ini Kerajaan Sarawak meneroka pelbagai bidang baharu termasuk aeroangkasa, pembangunan perisian dan tenaga diperbaharui.

Sehubungan itu menurutnya, anak Sarawak yang ketika ini menuntut di sekolah rendah atau menengah perlu diberi pendedahan mengenai rancangan Kerajaan Sarawak agar mereka lebih bersedia pada masa akan datang.

“Pelbagai rancangan Kerajaan Sarawak ketika ini termasuk membangunkan perisian dan menubuhkan akademi aeroangkasa.

“Apabila semua inisiatif ini dilaksanakan, sudah pasti ia memerlukan tenaga kerja mahir. Kita perlu saintis, angkasawan dan tenaga mahir untuk merealikasikan semua rancangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pembukaan Sekolah Agama Majlis Islam No.2 Kuching (SRA MIS No.2 Kuching di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr. Abdul Rahman menjelaskan, pendidikan agama dilihat sebagai platform penting membentuk dan melahirkan agamawan yang bukan sahaja pakar dalam bidang agama tetapi memiliki kapasiti untuk membangunkan ummah.

Malah menurutnya, Majlis Islam Sarawak (MIS) turut komited untuk meningkatkan penggunaan digital dan data selaras dengan Teras Strategik ke-5 Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 melalui pemboleh pertama berkaitan transformasi digital dan pemboleh kelima iaitu pendidikan serta modal insan.

“Adalah penting bagi pentadbir sekolah dan guru memberi fokus kepada pendidkan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sebagai pemacu kemajuan Sarawak.

“Pendedahan dan penglibatan guru untuk memastikan pelajar berupaya menguasai STEM adalah kritikal dalam mendepani dunia Revolusi Perindustrian 4.0,” ujarnya.

Tambahnya, sejak 1985, MIS menubuhkan sebuah sekolah rendah agama di Kuching bagi memperkukuhkan pendidikan agama dan bahasa Arab.

“Setakat ini, sekolah agama di bawah MIS bertambah kepada 13 sekolah iaitu 10 sekolah rendah, dua sekolah menengah dan sebuah Ma’had Tahfiz Rendah di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, pendidikan formal tersebut memberi manfaat kepada 6,630 murid bagi sesi persekolahan 2024/2025 dan meningkatkan peluang mengikuti pendidikan agama di peringkat rendah dan menengah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan