MARUDI, 3 Mei: Sebanyak 48 pain darah berjaya dikumpul pada Program Derma Darah anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi dengan kerjasama Hospital Marudi sempena Hari Polis ke-218.
Program yang berlangsung di Dewan Suarah Marudi itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil dan isteri Asmawati Alias.
Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran warga PDRM dan orang awam mengenai kepentingan menderma darah yang bukan hanya menyelamatkan nyawa tetapi membantu hospital dalam menangani kekurangan bekalan darah.
Turut serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), RELA, JPAM, Bomba dan orang awam.-TVS