KUALA LUMPUR, 2 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Ayyash Waseem Mohd Fuad, yang menghidapi masalah jantung sejak lahir.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan diĀ Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Berkongsi perkara itu di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu merupakanĀ tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan.
āSemoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban dan semoga anak ini terus kuat melawan ujian kesihatan yang dihadapinya,ā katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.
Ahmad FarhanĀ berkata Mohd Fuad mengusahakan tanaman bunga kantan untuk menampung kos rawatanĀ Ayyash Waseem yang mencecahĀ RM600 sebulan, selain keperluan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
āSaya turut difahamkan baru-baru ini Ayyash telah selesai menjalani prosedur pembedahan melibatkan jantungnya. Insya-Allah, satu lagi pembedahan dijadualkan ketika anak ini berusia lima tahun nanti,ā katanya. -TVS