Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SABERKAS Pantai Damai sumbang lampin, makanan asas kepada warga emas

KUCHING, 10 Sept : Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Pantai Damai mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan lampin pakai buang, susu dan makanan asas kepada kanak-kanak serta warga emas yang memerlukan.

Sumbangan ini dilaksanakan menerusi Program SABERKAS Prihatin.

Menurut Timbalan Presiden SABERKAS, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, program tersebut merupakan inisiatif golongan belia sekaligus membuktikan golongan ini juga prihatin kepada masyarakat.

“Di sebalik kesukaran banyak pihak semasa pandemik COVID-19, SABERKAS Cawangan Pantai Damai yang diterajui kepimpinan muda mengambil inisiatif untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

“Kita memuji usaha ini dan ia menunjukkan anak muda juga mahu menyumbang kepada masyarakat dalam situasi sukar sekarang,” katanya selepas menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan kepada wakil SABERKAS unit dalam kawasan Pantai Damai.

Sejak dari awal penubuhannya, SABERKAS merupakan platform terbaik untuk golongan belia berbakti kepada masyarakat.

“Walaupun kepimpinan SABERKAS sudah bertukar namun perjuangannya adalah tetap sama untuk memastikan anak muda dapat terlibat dengan masyarakat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja tambahnya, SABERKAS juga telah berjaya melahirkan ramai pemimpin termasuk dalam kalangan kabinet kerajaan Sarawak.

“Kita dapat saksikan sekarang, ramai dalam kalangan ahli kabinet kerajaan Sarawak lahir daripada SABERKAS,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi SABERKAS Cawangan Pantai Damai Mohd Hasfa Saleh.

Tags: #bm, saberkas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan