Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek bangunan sembilan tingkat ini mengambil masa lebih lama untuk disiapkan kerana berdepan beberapa isu, namun ia berjaya diselesaikan dengan kos di bawah harga siling RM400 juta.

Bangunan bertingkat baharu Hospital Seberang Jaya siap

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 2 Mei: Penantian kira-kira 13 tahun sejak 2012 berakhir apabila bangunan baharu berbilang tingkat Hospital Seberang Jaya dekat sini siap dibina dan bakal digunakan secara berperingkat bermula 5 Mei ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, biarpun projek bangunan sembilan tingkat itu mengambil masa lebih lama untuk disiapkan kerana berdepan beberapa isu, namun ia berjaya diselesaikan dengan kos di bawah harga siling RM400 juta.

Beliau berkata, pihaknya berbangga apabila projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dikategori sebagai siap dengan terbaik.

“Setelah sekian lama kita tunggu akhirnya ia siap dengan sempurna, dengan kualiti dan mutu yang baik.

“Projek ini pembinaannya bermula 2016, tetapi kerana pelbagai isu termasuk Covid-19, ada sedikit kelewatan (disiapkan),” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Blok Bertingkat Hospital Seberang Jaya di sini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Gooi Zi Sen.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Majlis Penyerahan Projek Blok Bertingkat Hospital Seberang Jaya di sini hari ini. Foto TVS

Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 itu mempunyai tambahan sebanyak 316 buah katil iaitu daripada 413 buah sebelum ini kepada 729 buah.

Hospital itu kini juga memiliki 11 dewan bedah berbanding sebelum ini hanya lima.

Projek bernilai RM486.2 juta itu dipertanggungjawabkan kepada JKR sejak 2016 dengan kos kontrak asal sebanyak RM371 juta.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly berkata, dengan siapnya bangunan baharu tersebut, ia akan turut menempatkan Pusat Pediatrik Kardiologi iaitu berkaitan masalah jantung kanak-kanak yang akan menjadi pusat rujukan bagi Zon Utara Semenanjung.

“Ini sekali gus akan dapat mengurangkan kesesakan di hospital.

“Saya mahu tekankan bagaimana pentingnya pediatrik kardiologi di fasiliti yang baru diserahkan oleh Kementerian Kerja Raya ini,” katanya.

Selain bidang kepakaran itu, Dr. Dzulkefly berkata, blok baharu tersebut juga akan membolehkan pengoperasian perkhidmatan subkepakaran seperti otorinolaringologi (ENT) dan perubatan rehabilitasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan