Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba bertungkus-lumus menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit dalam kereta Perodua Myvi selepas terbabas di Jalan Sukau, Kinabatangan pagi tadi. Foto JBPM

Bomba bantu keluarkan pemandu tersepit

ByTVS

KINABATANGAN, 2 Mei: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang tersepit selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas di Jalan Sukau, berhampiran SK Bilit berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan dan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh anggota bomba.

Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi PBK I Jasmani Osni berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan pada jam 8.17 pagi dan tiba di lokasi sejauh 45 kilometer pada jam 8.56 pagi.

Operasi membabitkan sembilan anggota serta sebuah jentera FRT dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.36 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Turut membantu ialah empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan