Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja di Sabah dan Sarawak kini akan mendapat manfaat seperti pengurangan waktu kerja, kenaikan cuti bersalin, dan aturan kerja anjal. Foto hiasan Envato

Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak mula berkuatkuasa

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini mengumumkan bahawa Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 mula berkuatkuasa pada 1 Mei, kecuali Bahagian IVA.

Undang-undang buruh ini adalah yang pertama diselaraskan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak sejak penubuhan Malaysia.

“Penyelarasan ini melibatkan tiga (3) akta utama, iaitu Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350].”

“Pindaan ini adalah keutamaan kerajaan untuk memastikan hak pekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak disama ratakan,” menurut kenyataan media KESUMA hari ini.

Tambah kenyataan itu, pekerja di Sabah dan Sarawak kini akan mendapat manfaat seperti pengurangan waktu kerja, kenaikan cuti bersalin, dan aturan kerja anjal.

Waktu bekerja kini dikurangkan kepada 45 jam seminggu, berbanding 48 jam sebelum ini, manakala cuti bersalin dinaikkan kepada 98 hari berbanding 60 hari sebelum ini.

Cuti paterniti tujuh hari juga turut diperkenalkan.

Selain itu, terdapat peruntukan baharu untuk aduan mengenai diskriminasi, buruh paksa, gangguan seksual, serta perumahan, penginapan, dan kemudahan pekerja, dengan mengadaptasi Akta 446.

“Antara perubahan utama adalah bahawa ordinan ini kini meliputi semua pekerja, tanpa mengira gaji atau jenis pekerjaan,” tambah kenyataan itu.

Pewartaan ini juga melibatkan dua (2) perintah di bawah Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025, iaitu Perintah Penggajian (Pengecualian) (Pembatalan) 2025 dan Perintah Penggajian (Pindaan Jadual Pertama) 2025, serta satu (1) perintah di bawah Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025, iaitu Perintah Penggajian (Pengecualian) (Pembatalan) 2025, yang turut berkuatkuasa pada 1 Mei 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan