Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis daripada IPD Kota Samarahan yang tiba di lokasi semalam.

Lelaki ditemukan maut di dalam bilik sewa di Kota Samarahan

BySuara Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 2 Mei: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik sewa tingkat tiga bangunan dekat Desa Ilmu di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, mangsa, yang bekerja di sebuah pasar raya di sini dikatakan tinggal bersendirian di bilik bernombor 16 sejak beberapa bulan lalu.

“Seorang lelaki menghubungi balai polis memaklumkan bahawa penyewa sebuah bilik di bangunan tersebut tidak memberikan sebarang respons sejak beberapa hari,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mengulas lanjut, Damataries berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira 5.50 petang, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama-sama pegawai penyiasat mendapati bilik mangsa dalam keadaan tidak terurus.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesan pecah masuk atau kecederaan pada tubuh mangsa.

“Barangan peribadi dan dompet juga ditemukan di dalam bilik berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan perubatan oleh Pembantu Perubatan IJN Kota Samarahan mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum ketibaan pasukan penyiasat.

Polis kini mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR) dan menolak sebarang unsur jenayah setakat ini.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan