Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis hari ini memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping dekat sini semalam. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Pembantu kedai maut ditikam penganggur kerana cemburu

ByBernama

IPOH, 1 Mei: Polis hari ini memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata suspek ditahan di kawasan Aulong, Taiping pada kira-kira 11 pagi bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, 19.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan melalui orang awam yang menjumpai mangsa tertiarap dan berlumuran darah pada 2.55 petang.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah digerakkan dan berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati pembunuhan itu bermotifkan cemburu dan suspek yang berusia 40 tahun mempunyai empat rekod jenayah.

Beliau berkata hasil saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Taiping untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan