Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Khiruddin kongsi pengalaman sebagai bekas pesakit COVID-19 kategori satu

ByAkma Salleh

KUCHING, 10 SEPT: Setelah disahkan positif pada 24 Ogos lepas, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Khiruddin Drahman tampil berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

Beliau yang berkongsi pengalaman itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kekuatan untuk menempuh apa yang dikatakannya sebagai pengalaman baharu yang tidak pernah dijangkakan sebagai pesakit COVID-19 kategori satu (1).

Menurutnya, sebagai salah seorang anggota barisan hadapan, keadaan mental harus sentiasa kuat serta positif untuk menjalani kehidupan seharian.

Tambahan pula ketika ini, keperluan daripada pasukan bomba adalah amat mendadak dari segi bantuan pengangkutan untuk membawa pesakit positif di tiga buah hospital termasuk Hospital Umum sarawak, Hospital Miri dan Hospital Bintulu.  

Ini katanya lagi disebabkan oleh lonjakan kes yang berlaku kebelakangan ini.

“Saya telah menjalani kuarantin selama 14 hari apabila disahkan positif pada 24 ogos tahun ini.

“Saya memilih untuk dikuarantin dirumah kerana ia memudahkan saya untuk terus memantau dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pengarah di JBPM negeri Sarawak.

“Bagi mereka yang turut disahkan positif dan menjalani tempoh kuarantin di rumah sama seperti saya, saya sarankan carilah sesuatu yang boleh merangsang diri untuk kembali positif atau lakukanlah aktiviti yang digemari,” katanya ketika dihubungi TVS.

Bagaimanapun, bagi mengurangkan risiko jangkitan terhadap ahli keluarga dirumah, Khiruddin menegaskan supaya mereka meminimumkan pergerakan atau berinteraksi secara bersemuka.

Orang ramai juga katanya perlu sentiasa mengambil langkah berjaga- jaga dan bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan semasa tempoh pandemik COVID-19 ini.

Tags: COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan