Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu tunggal yang juga seorang guru dikenali sebagai Lau, 47, berkata dia menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu yang mendakwa bekas suaminya meminjam wang berjumlah RM1,000 dan kemudian meningkat kepada RM10,000.  Foto hiasan Envato

Bekas suami buat onar, ibu tunggal diugut along

ByBernama

IPOH, 30 April: Gara-gara bekas suami tidak melunaskan pinjaman ‘along’, seorang ibu tunggal kini hidup dalam ketakutan selepas diugut bunuh oleh sindiket wang pinjaman tidak berlesen itu.

Ibu tunggal yang juga seorang guru dikenali sebagai Lau, 47, berkata dia menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu yang mendakwa bekas suaminya meminjam wang berjumlah RM1,000 dan kemudian meningkat kepada RM10,000.

Lau memberitahu sindiket itu menggugut mahu membunuhnya dan empat orang anak berusia 10 hingga 17 tahun termasuk dua adik perempuan jika tidak membayar hutang dipinjam bekas suami.

“Mimpi ngeri kami sekeluarga bermula Isnin lepas apabila saya menerima mesej dan panggilan ugutan daripada along, mendesak supaya membayar wang yang dipinjam bekas suami.

“Tidak cukup dengan itu, along kemudian membuat hantaran di media sosial Facebook kumpulan komuniti memaparkan gambar saya bersama anak-anak dengan nota ugutan supaya membayar balik hutang bekas suami,” katanya dalam sidang media di Bangunan MCA Perak di sini hari ini.

Lau berkata sejak itu dia bimbang keselamatan diri dan keluarganya.

“Saya telah menyatakan saya bukan lagi isteri kepada bekas suami dan tidak tahu menahu sebarang hutang yang dibuat bekas suami tetapi along tetap meminta saya menjelaskan hutang terbabit.

“Kali terakhir terima panggilan semalam, menyatakan saya hanya perlu bayar RM1,500 dan sertakan sekali surat cerai untuk pastikan mereka tidak ganggu saya lagi di rumah selain akan buat kacau di sekolah jika tidak menurut arahan,” katanya yang sudah berpisah dengan bekas suami sejak Julai 2024.

Wanita itu berkata dia sudah membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Isnin lepas serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 25 April dan hantaran di Facebook sudah diturunkan.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan MCA Perak Yuen Chan How berharap pihak berkuasa dapat memburu dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras kegiatan jenayah ini.

“Sindiket along kini semakin berani kerana bukan sahaja mengugut peminjam tetapi bahkan ahli keluarga untuk membayar hutang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan