Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas empat pertuduhan berkaitan kes penipuan pembayaran menggunakan resit QR Pay Code palsu. Foto hiasan Envato

Guna resit QR Pay Code palsu, tujuh individu dihadapkan ke mahkamah

KUCHING, 30 April: Lima lelaki dan dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas empat pertuduhan berkaitan kes penipuan pembayaran menggunakan resit QR Pay Code palsu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan MD Radzi berkata, tujuh individu terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di empat pasar raya sekitar daerah Padawan.

“Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun sebelum ini ditangkap pada 15 April dan 17 April lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jika didapati bersalah kesemua tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda dan dengan sebat.

“Orang ramai khususnya pemilik perniagaan dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa pelanggan membuat pembayaran menggunakan kaedah bayaran QR Pay.

“Pastikan membuat semakan transaksi terlebih dahulu sebelum pelanggan beredar,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan