Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM189,600 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan dekat sini, Isnin lepas. Foto hiasan Envato

Suami isteri ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah

ByBernama

ALOR SETAR, 30 April: Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM189,600 dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata kedua-duanya yang berusia 50-an ditahan pada 3 petang.

“Hasil serbuan, polis merampas 10,340 pil erimin 5 dianggarkan seberat 2846.29 gram (g), sepeket plastik lut sinar berisi dadah disyaki ketamin seberat 493.23g serta serbuk dadah disyaki methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 364.2g,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menyita wang tunai berjumlah RM530 yang dipercayai diperoleh daripada aktiviti pengedaran dadah berkenaan.

Kesemua dadah yang dipercayai diperoleh dari luar Kedah itu, katanya mampu dibekalkan kepada 3,200 penagih.

Siti Nor Salawati berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek lelaki itu positif terhadap dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selain memiliki lima rekod jenayah lampau.

Beliau berkata pasangan itu dipercayai telah mengedar dadah terbabit kepada pengedar kecil sejak empat tahun lepas dan mereka kini direman hingga 5 Mei ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengenai perkembangan kes gangguan seksual melibatkan seorang guru lelaki di sebuah sekolah swasta di sini, Siti Nor Salawati berkata setakat ini pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung kes itu.

“Semua laporan yang dibuat di Alor Setar itu adalah oleh pelajar dan bekas pelajar sekolah berkenaan. Kertas siasatan telah dibuka dan buat masa ini satu kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan