Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan berjumlah RM46 juta akan disalurkan bagi melaksanakan kerja bina semula dan baik pulih rumah serta infrastruktur awam yang terjejas susulan letupan paip gas di Putra Heights. Foto fail Bernama.

Letupan Putra Heights: RM46 juta bina semula, baik pulih rumah, infrastruktur awam

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 30 April: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM46 juta akan disalurkan bagi melaksanakan kerja bina semula dan baik pulih rumah serta infrastruktur awam yang terjejas susulan letupan paip gas di Putra Heights.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu sebanyak RM40 juta menerusi dana Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara untuk kerja pembinaan baharu dan baik pulih rumah.

Jelas beliau, RM6 juta pula adalah untuk kerja pemulihan infrastruktur awam melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Ini bukan sekadar pembinaan fizikal, tetapi juga usaha membina semula kehidupan dan harapan mereka yang terkesan bagi memastikan mangsa dapat kembali mendiami kediaman masing-masing secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Tambah Kor Ming, projek pembinaan semula itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemaju yang dilantik, Sime Darby dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Sime Darby dan SPNB akan dibenarkan memasuki tapak tersebut bermula 1 Mei ini bagi memulakan kerja dengan unit-unit kediaman dalam radius 100 meter dari kawasan kejadian.

“Tempoh keseluruhan yang diperuntukkan bagi kerja-kerja pembinaan ini adalah selama 24 bulan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mengumumkan sebanyak 219 unit rumah telah terjejas akibat insiden di Putra Heights pada 1 April lalu.

Daripada jumlah tersebut, 81 unit rumah mengalami kerosakan melebihi 40 peratus dan 138 unit rumah mengalami kerosakan kurang daripada 40 peratus. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan