Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dinding di sebuah kuil di Andhra Pradesh, India pada Rabu runtuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Lapan maut, dinding kuil runtuh di India

ByBernama

NEW DELHI, 30 April: Dinding di sebuah kuil di Andhra Pradesh, India pada Rabu runtuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, lapor Xinhua.

Menurut pegawai tempatan, insiden berlaku semasa perayaan tahunan Chandanotsavam di Kuil Sri Varahalakshmi Narasimha Swamy di Visakhapatnam, kira-kira 393 kilometer timur laut Amaravati, Andhra Pradesh.

Dinding sepanjang 6.1 meter itu dilaporkan runtuh selepas hujan lebat dan angin kencang yang melemahkan struktur binaan, menghempap para penganut yang sedang beratur untuk memasuki kuil.

Pegawai kanan pentadbiran tempatan, Vinay Chan berkata semua runtuhan telah dibersihkan.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengarahkan pasukan tindak balas bencana negeri melaksanakan operasi menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan