Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi dialog mengenai Program Projek Karbon Biru turut dihadiri bersama wakil-wakil agensi kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Daerah Tanjung Manis, Jabatan Tanah dan Survei Mukah, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Dewan Masyuarakat Kampung Serdeng.Foto PUSAKA

Program Dialog Projek Karbon Biru antara PUSAKA bersama komuniti

TANJUNG MANIS, 29 April: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Worldview Climate Solutions Sdn Bhd (WCS) telah menganjurkan Program Dialog Projek Karbon Biru bersama komuniti di Kampung Paloh semalam dan di Kampung Serdeng hari ini.

Program ini merupakan inisiatif penting dalam usaha memperkenalkan serta menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam program pemulihan dan pemeliharaan ekosistem bakau di kawasan projek seluas 10,300 hektar yang merupakan sebahagian daripada komitmen Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi hijau.

Penolong Pengurus Besar Pengurusan Sumber Lestari PUSAKA, Hamzah Morshidi bersama wakil-wakil agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Tanjung Manis, Jabatan Tanah dan Survei Mukah, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), serta wakil pemaju projek iaitu Worldview Climate Solutions Sdn Bhd (WCS) turut hadir pada program ini.

Dialog tersebut dihadiri oleh pemimpin komuniti tempatan termasuk Penghulu Kampung Paloh, Jaafar Sedik; Ketua Kaum Kampung Paloh dan Kampung Kedang; Tuai Rumah Berangan dan Kedang; Ketua Kaum Keprawi Bakar dari Kampung Sedo; Ketua Kaum Ben Kuleng dan Tuai Rumah Isa dari Telok Gelam.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai PUSAKA, Nizam Abdullah wakil WCS, Briggette Phillip dan Pegawai SFC, Winnie Akin.

Dalam sesi tersebut, mereka menerangkan secara terperinci mengenai Program Projek Karbon Biru yang dirancang, iaitu usaha bersepadu untuk pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan bakau serta tanah lembap sebagai strategi menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya tahan komuniti pesisir di Sarawak.

Sesi dialog menekankan kepentingan karbon biru, termasuk peranannya dalam menyerap karbon dioksida, memelihara biodiversiti, melindungi kawasan pantai daripada hakisan, dan memperbaiki kualiti ekosistem setempat.

Penerangan juga diberikan mengenai faedah yang boleh diperoleh komuniti seperti peluang pekerjaan baru, pembangunan eko-pelancongan, program pembangunan kapasiti, dan peningkatan infrastruktur di kawasan projek.

Komuniti diberi ruang untuk mengemukakan soalan serta memberi maklum balas membina demi memperbaiki pelaksanaan projek ini.

Hamzah menegaskan bahawa penglibatan dan kerjasama komuniti setempat adalah tunjang utama kejayaan projek ini.

Sementara itu, Pengurus Projek, Endela Tipot berharap agar komuniti dapat memberi sokongan berterusan kepada PUSAKA dalam menjayakan program ini serta mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh komuniti setempat.

PUSAKA, WCS dan agensi kerajaan yang terlibat merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya komuniti sekitar Paloh dan Serdeng yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Projek Karbon Biru ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan