Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak melakar sejarah baharu dalam dunia teknologi apabila melancarkan KETEQ AI, penukar kuasa pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia yang dibangunkan sepenuhnya oleh Sarawak. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak lancar KETEQ AI, pemangkin revolusi kuasa pintar

ByShafik Ahmad

CARDIFF, 29 April: Sarawak melakar sejarah baharu dalam dunia teknologi apabila melancarkan KETEQ AI, penukar kuasa pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia yang dibangunkan sepenuhnya oleh Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia sebagai pencapaian utama dalam pelaksanaan Sarawak Semiconductor Roadmap 2030 and Beyond, yang bertujuan menjadikan negeri ini hab inovasi teknologi tinggi serantau.

“Lebih daripada angka dan pencapaian dasar, pembangunan Edge AI Power Converter ini merupakan antara kejayaan paling transformasi untuk Sarawak. Ia benar-benar satu game changer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan ke CSA Catapult di Cardiff, Wales pada Selasa.

Peranti ini berupaya mengesan, meramal dan membetulkan anomali sistem secara autonomi dalam masa kurang daripada satu persepuluh milisaat.

Malah katanya ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam bidang elektronik kuasa dan sistem kawalan.

Perjalanan ke arah pembangunan KETEQ AI bermula setahun lalu, pada 23 April 2024, apabila Memorandum Persefahaman antara SMD Semiconductor dan CSA Catapult dimeterai di Parlimen United Kingdom.

Katanya, Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam misi Sarawak untuk memperkukuh ekosistem teknologi dan inovasi tempatan.

“Dengan aplikasi meluas merangkumi grid pintar, kenderaan elektrik, sistem autonomi, IoT industri, penyelenggaraan ramalan dan sistem kawalan kritikal.

“KETEQ AI direka untuk kecekapan tenaga, kebolehskalaan dan kepantasan tindak balas luar biasa,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Sdn Bhd yang juga ketua jurutera projek, Shariman Jamil turut membuat demonstrasi langsung prototaip canggih ini, memperlihatkan keupayaan KETEQ AI sebagai pemangkin revolusi industri akan datang.

Dengan slogan ‘Innovation in just a Snap’ KETEQ AI bukan sahaja membuktikan keupayaan anak tempatan dalam bidang teknologi tinggi, tetapi juga meletakkan Sarawak di peta dunia sebagai peneraju dalam kecerdasan buatan dan sistem kuasa pintar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan