Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris sempena majlis pecah tanah pembinaan jambatan Kampung Bulau di Bekenu, hari ini. Foto TVS

Jambatan Kampung Bulau dijangka siap dalam tempoh 18 bulan

ByVanessa Enjop

MIRI, 29 April: Majlis pecah tanah pembinaan jambatan baharu di Kampung Bulau, Bekenu hari ini memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar, serta dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan sepanjang 90 meter itu menelan kos sebanyak RM6.93 juta dan dijangka memudahkan pergerakan penduduk sebaik siap kelak.

“Projek ini akan membawa perubahan besar kepada penduduk Kampung Bulau dengan memberi akses lebih baik dan lebih selamat untuk menyeberangi Sungai Sibuti, berbanding hanya bergantung kepada jambatan gantung yang ada sekarang.

“Jambatan ini juga memudahkan pelajar sampai ke SK Kampung Bulau,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah pembinaan jambatan Kampung Bulau di Bekenu, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak turut melakukan pemantauan ketat dan pelaksanaan berintegriti agar projek-projek rakyat tidak tergendala.

“Kerana yang penting adalah apabila ada projek yang diumum khususnya diumum oleh Premier kita, Premier mengharapkan projek itu dapat dijalankan secepat yang mungkin kerana matlamat mengumumkan projek itu adalah untuk menyelesaikan masalah.

“Jadi kita berusaha sedaya upaya untuk membawa pembangunan kepada negeri Sarawak khususnya kepada mereka di luar bandar yang masih ketinggalan dari segi jalan raya, elektrik, air dan darat,” tambahnya.

Beliau turut mengumumkan beberapa projek pembangunan lain di kawasan Subis yang sedang dan akan dilaksanakan, antaranya naik taraf jalan Coastal Road, pembinaan laluan akses ke Kampung Bakam Miri, pekan Bekenu serta pembinaan waterfront.

“Nilainya bukan kecil – kita ada projek bernilai lebih RM157 juta untuk Coastal Road, dan pelbagai lagi termasuk RM60 juta untuk Jalan Kampung Rambai ke Kampung Bulau. Semua ini bukti kerja keras GPS,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Dr. Cassidy Morris.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan