Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah jenis Methamphetamine yang dimuat dalam bungkusan teh dirampas kastam. Foto JKDM

Bungkusan teh rupanya dadah, kastam gagalkan cubaan sindiket

BySaibi Gi

KUCHING, 29 April: Cubaan sindiket dadah mengaburi pihak berkuasa dengan membungkus Methamphetamine dalam paket teh gagal selepas dua rampasan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak di Miri, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, dalam operasi berasingan di sebuah syarikat kurier di Eastwood Valley Industrial Park, pasukan Unit Narkotik JKDM dengan bantuan Anjing Pengesan Dadah (APD) berjaya menemui dadah seberat 4,080 gram bernilai lebih RM130,000.

Dalam kejadian pertama pada 24 Mac lalu, kira-kira jam 9.30 pagi, APD mengesan satu kotak mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan teh mengandungi 2,040 gram Methamphetamine.

“Bungkusan itu dialamatkan ke sebuah rumah usang yang tidak berpenghuni. Dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM65,280 dan disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kes kedua di premis sama, satu lagi kotak kiriman kurier dikesan, juga menggunakan taktik serupa. Pemeriksaan menemukan dua bungkusan teh mengandungi 2,040 gram Methamphetamine yang dicampur bersama produk makanan lain.

“Modus operandi sindiket adalah menggunakan perkhidmatan kurier udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, sebelum menghantar ke alamat tidak berpenghuni bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Norizan berkata, kedua-dua kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta minimum 15 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata, JKDM Sarawak komited membanteras cubaan sindiket membawa masuk dadah ke negeri ini dan menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan