Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 28 April untuk membincangkan kerjasama dua hala serta beberapa perkembangan serantau dan antarabangsa Foto AFP & Anwar Ibrahim (FB)

Perdana Menteri Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau

ByBernama

HANOI, 29 April: Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 28 April untuk membincangkan kerjasama dua hala serta beberapa perkembangan serantau dan antarabangsa, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Dalam perbualan itu, Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.

Beliau berkata Malaysia telah mengadakan dialog dengan pihak berkepentingan di Myanmar bagi memperluaskan perjanjian gencatan senjata demi memfokuskan kepada bantuan kemanusiaan susulan bencana baru-baru ini, lapor VNA.

Selain itu, beliau turut menggariskan pendekatan ASEAN untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan rakan kongsi sambil mengekalkan peranan pusat blok itu, kata laporan berkenaan.

Sementara itu, Chinh menghargai usaha peribadi Anwar dan kepimpinan Malaysia dalam menangani cabaran serantau, sambil menekankan bahawa ASEAN perlu memainkan peranan utama dalam  menyelesaikan krisis Myanmar serta terus menunjukkan solidariti dan sokongan terkoordinasi untuk pemulihan dan pembinaan semula pasca gempa bumi melalui mekanisme sedia ada seperti Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre) dan Setiausaha Agung ASEAN.

Beliau mengulangi komitmen Vietnam untuk menjadi ahli ASEAN yang aktif dan bertanggungjawab serta berikrar untuk terus menyokong Malaysia sepanjang kepengerusiannya dan dalam penganjuran persidangan ASEAN yang akan datang.

Kedua-dua Perdana Menteri bersetuju untuk mengekalkan mekanisme pertukaran maklumat serta penyelarasan yang berkesan bagi memperdalamkan perkongsian strategik komprehensif Vietnam-Malaysia dan membina ASEAN sebagai blok yang kukuh, bersatu dan berperanan pusat di rantau ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan