Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Sarawak Kekal Catat Kes Tertinggi, 9 Kematian Baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebanyak 19,307 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,118 kes hari ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara meningkat sebanyak 1,919,774 kes.

99.87% kes di Sarawak terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Khamis 9 September 2021

Daerah Kuching sahaja mencatatkan 984 kes, diikuti Sibu 430, Betong 200 dan Bau 143.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak terdapat 9 kes kematian baharu dilaporkan pada Khamis.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Khamis 9 September 2021

Dalam pada itu JPBN Sarawak turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu dikesan di daerah Bintulu melibatkan Kluster Sungai Segan dan Kluster Jalan Bintulu-Miri Dua.

Kenyataan JPBN Sarawak pada Khamis 9 September 2021

Sementara Kluster Skim Penempatan Stutong Baru, Kuching telah diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan