Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerang Kuching City FC-Miri, Muhammad Daniel Izzad (kiri) mengawal bola sambil cuba dirampas pemain PDRM FC, Mikhaiel Ahmad Mokhtar. Foto Suara Sarawak

Kuching City FC – Miri curi satu mata

KUCHING, 28 Apr: Kem Kuching City FC – Miri terus melakar keputusan positif selepas berjaya meraih satu mata berharga menentang PDRM FC.

City Boys Junior melakar keputusan seri 1-1 dalam saingan Piala Presiden 2025 di Padang Pulapol Kuala Lumpur pada Ahad.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ariff Iskandar Siri muncul sebagai penyelamat Kuching City FC – Miri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.

Sebelum itu, tuan rumah mendahului menerusi jaringan Muhammad Fatah Azib Mohd. Naim pada minit ke-31.

Keadaan padang yang digenangi air akibat hujan pada pertengahan perlawanan sedikit merencatkan permainan kedua-dua pasukan.

Namun keputusan seri tersebut boleh dianggap membanggakan untuk barisan skuad kendalian Mohamad Hakimi Man.

Aksi ketiga skuad muda tersebut menentang Penang FC II di Padang KRP Lutong, Miri pada 7 Mei depan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan