Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arab Saudi dan Qatar pada Ahad mengumumkan bahawa mereka akan melunaskan hutang Syria kepada Bank Dunia berjumlah US$15 juta, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto World Bank (Facebook)

Arab Saudi, Qatar akan lunaskan hutang Syria kepada Bank Dunia

ByBernama

RIYADH/ISTANBUL, 28 April: Arab Saudi dan Qatar pada Ahad mengumumkan bahawa mereka akan melunaskan hutang Syria kepada Bank Dunia berjumlah US$15 juta, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua negara itu memaklumkan pembayaran tunggakan Syria berkenaan akan mempercepatkan proses pemulihan negara yang dilanda perang itu.

“Langkah ini juga akan membuka akses Syria kepada sokongan kewangan dalam masa terdekat untuk membangunkan sektor-sektor penting, selain bantuan teknikal yang akan menyumbang kepada pembinaan semula institusi, pembangunan kapasiti serta penggubalan dasar serta pembaharuan untuk memacu pembangunan,” menurut kenyataan itu.

Arab Saudi dan Qatar turut menggesa institusi kewangan serantau dan antarabangsa agar “segera menyambung semula dan memperluaskan kerja-kerja pembangunan di Syria, menggabungkan usaha serta menyokong segala inisiatif yang dapat merealisasikan aspirasi rakyat Syria bagi masa depan yang lebih menjanjikan.”

Kementerian Luar Syria dalam kenyataan berasingan merakamkan penghargaan kepada Qatar dan Arab Saudi atas inisiatif persaudaraan untuk menyelesaikan tunggakan kewangan Syria kepada Bank Dunia.

Kementerian itu memaklumkan langkah terbabit mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong rakyat Syria dan meringankan beban ekonomi, di samping membuka ruang kerjasama lebih luas dengan institusi antarabangsa bagi menyokong usaha pemulihan dan pembinaan semula.

Syria berharap dapat memperkukuhkan hubungan dengan Qatar dan Arab Saudi, serta meneruskan kerjasama efektif yang memberi manfaat kepada rakyat dan mengukuhkan kestabilan di rantau ini, menurut kenyataan kementerian.

Sementara itu, Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, berkata badan itu berhasrat membantu Syria membina semula institusinya dan mengintegrasikan semula ke dalam ekonomi global.

Bashar al-Assad, yang memerintah Syria hampir 25 tahun melarikan diri ke Rusia pada Disember lalu, menamatkan pemerintahan berdekad Parti Baath yang bermula sejak 1963.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan