Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong Liverpool meraikan kejayaan muncul juara EPL di luar Stadium Anfield. Foto AFP

Liverpool juara EPL

LIVERPOOL, 28 Apr: Ketinggalan satu gol tidak memberi masalah kepada Liverpool untuk membelasah Tottenham Hostpur 5-1 sekali gus mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, awal pagi tadi.

Liverpool yang hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan tersebut dikejutkan dengan jaringan Dominic Solanke pada minit ke-12.

Hanya lima minit diperlukan Liverpool untuk menyamakan kedudukan menerusi Luis Diaz sebelum Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo meletakkan tuan rumah 3-1 sebelum rehat.

Malang untuk Tottenham apabila Destiny Udogie tertampan bola ke gawang sendiri untuk melengkapkan kemenangan Liverpool.

Liverpool yang kini menyamai rekod gelaran liga Manchester United mengumpul 82 mata daripada 34 perlawanan, meninggalkan Arsenal di tangga kedua pada 67 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan