Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasangan kekasih jual kek dan biskut perisa kanabis di Instagram ditahan polis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Sept : Tindakan sepasang kekasih yang menjual biskut dan kek yang dicampur dadah jenis kanabis memakan diri apabila diberkas polis dalam operasi khas pada Rabu lalu.

Lebih berani, lelaki berkenaan yang berusia 34 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun mempromosikan pula ‘produk’ mereka itu menerusi laman sosial Instagram khas untuk kenalan rapat dengan harga RM100 bagi sebalang biskut dan RM50 bagi sebiji kek seberat 100 gram.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, pihaknya melancarkan Ops Storm pada pukul 3.50 petang dan menahan lelaki berkenaan di Jalan Pudu.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek berjaya menemukan 25 balang biskut berasaskan kanabis dengan anggaran berat 7.37 kilogram (kg) dan 53 biji kek juga berasaskan dadah berkenaan seberat 5.3 kg.

” Susulan itu, polis melakukan serbuan kedua di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya dan menahan seorang wanita . Dalam serbuan di kediaman yang disewa mereka itu, polis merampas 131 balang biskut dan 41 biji kek yang dipercayai mengandungi dadah dengan anggaran berat keseluruhan bagi kedua-dua rampasan ialah lebih 52 kg,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujarnya polis turut merampas lapan ketulan mampat kanabis seberat 7.82 kg dan empat periuk berisi cecair mengandungi dadah berkenaan seberat 31 00 gram , sebuah kereta mewah dan peralatan membuat kek dan biskut.

” Nilai rampasan keseluruhan dan sitaan ialah RM491 089 yang terdiri daripada dadah dianggarkan bernilai RM 229 299 , kenderaan (RM250 000) dan wang tunai RM 11 790,” katanya.

Tambahnya, nilai dadah yang dirampas mampu menampung kegunaan untuk 79,071 orang penagih dan kek serta biskut itu sangat berbahaya jika dimakan oleh kanak -kanak.

” Kegiatan ini telah dilakukan sejak lima bulan lepas. Ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah,” katanya.

Beliau memberitahu, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan