Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli. Foto Hakim Danish (FB)

Hakim Danish naik podium lagi di Litar Jerez

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 April: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sekali lagi beraksi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Piala Rookies di kedudukan podium hari ini.

Berbekalkan kejayaan podium pada perlumbaan satu di Litar Jerez semalam, pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan tunggangan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua, ketinggalan 0.031 saat (s) di belakang pelumba Australia Carter Thompson yang mencatat masa 25 minit 46.043s untuk meraih tempat pertama.

Pelumba Amerika Syarikat Kristian Daniel ketinggalan 0.294s di kedudukan ketiga.

Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta teratas perlumbaan itu dengan mengumpul 40 mata, di hadapan Thompson (38 mata) dan pelumba Sepanyol Brian Uriarte (25 mata).

Sebelum ini, pelumba berusia 17 tahun itu turut menaiki podium pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan