Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envanto

Eksport bukan minyak Arab Saudi catat rekod tertinggi pada 2024

ByBernama

RIYADH, 27 April: Eksport bukan minyak Arab Saudi melonjak kepada 515 bilion Riyal Saudi (US$137.33 bilion) pada 2024, mencatat peningkatan 13 peratus berbanding 2023, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Sabtu, menurut Xinhua.

Menurut statistik Lembaga Pembangunan Eksport Saudi, prestasi eksport kukuh negara merangkumi pelbagai sektor.

Eksport barangan meningkat kepada 217 bilion Riyal Saudi, dengan eksport petrokimia dan bukan petrokimia masing-masing berkembang dua peratus dan sembilan peratus.

Eksport semula mencecah 90 bilion Riyal Saudi, manakala eksport perkhidmatan mencapai rekod 207 bilion Riyal Saudi, meningkat 14 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Eksport Saudi, Abdulrahman Althukair menyifatkan kejayaan eksport bukan minyak hasil daripada usaha kerajaan mempergiatkan kepelbagaian ekonomi dan memperluaskan akses produk nasional ke pasaran global.

Beliau menegaskan komitmen Arab Saudi untuk terus menyokong para pengeksport melalui program latihan, promosi dan khidmat nasihat.

Menurut laporan itu, Arab Saudi mengeksport ke lebih 180 negara pada 2024, dengan komoditi petrokimia menyumbang 68 peratus daripada jumlah eksport.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan