Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Penutupan Konvensyen Rakan Muda 2025 di ibu negara, di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Hanya 10 peratus belia seluruh negara aktif sertai kelab – Hannah

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 27 April: Penglibatan golongan belia dalam aktiviti kelab di seluruh negara semakin menurun dengan hanya 10 peratus anak muda bergiat aktif.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, realiti yang perlu diterima ialah 90 peratus kumpulan itu tidak berminat untuk menyertai program kepimpinan dan aktiviti fizikal yang dilaksanakan oleh kelab-kelab belia.

Justeru, beliau mencadangkan agar program lawatan ke penjara diadakan oleh Kelab Rakan Muda bagi melaksanakan kelas-kelas kemahiran kepada banduan memandangkan ramai dalam kalangan mereka merupakan golongan belia.

“Saya sendiri melihat ada belia sedang belajar di dalam penjara untuk (menduduki) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“(Oleh itu) mungkin kita boleh anjurkan lawatan ke penjara bagi mencari (minat) 90 peratus belia,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Rakan Muda 2025 di sini, hari ini.

Tambah beliau, jumlah penglibatan anak muda dalam aktiviti kelab pada 1990-an dianggarkan seramai lima juta daripada keseluruhan sembilan juta belia seluruh negara.

Sementara itu, Hannah turut mencadangkan pelaksanaan kelas-kelas dalam talian bersama pakar sebagai platform sampingan untuk membantu golongan belia yang berhadapan dengan masalah-masalah sosial dan mental.

“Tidak mungkin mereka akan datang ke program (secara fizikal) dan berkongsi cabaran dihadapi.

“Justeru, kita perlu mewujudkan kelas terapi online bersama pakar agar mereka dapat memperoleh maklumat rawatan secara tanpa bersemuka,” katanya.

Hannah berkata tumpuan kementeriannya pada tahun ini juga adalah membasmi penggunaan dadah dalam kalangan belia.

Menurutnya, kes penggunaan dadah melibatkan belia didapati meningkat di negeri-negeri berdekatan sempadan Thailand seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan