Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SEDC terima surat pengecualian kawal selia LPG dan kebenaran menjadi syarikat minyak baharu

ByDayu Adruce

KUCHING : SEDC Energy Sdn Bhd telah menerima surat pengecualian kawal selia gas petroleum cecair (LPG) di negeri Sarawak dan kebenaran menjadi syarikat minyak baharu pada hari ini.

Majlis penyerahan surat tersebut berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, pengecualian itu merupakan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap kapasiti Kerajaan Negeri serta kemampuan organisasi korporat dan rakyat Sarawak untuk mengawal selia dan melibatkan diri dengan lebih bermakna dalam industri minyak dan gas di Malaysia.

Pada 31 Mei lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi pengecualian kepada pengedar LPG di Sarawak untuk memohon kebenaran dan lesen bagi pengedaran LPG di negeri ini bermula 1 Jun.

Menerusi pengecualian itu, pemborong dan peruncit LPG di Sarawak hanya memerlukan lesen ‘Distribution of Gas Ordinance’ (DGO) sahaja daripada Kementerian Utiliti Sarawak dan tidak lagi perlu memohon kebenaran di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan lesen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (SCA 1961)) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sebelum ini, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas bagi negeri Sarawak yang telah ditubuhkan pada 2017 sebagai cabang minyak dan gas Kerajaan Negeri.

Bagi sektor hiliran PETROS, LPG sudah mula diedarkan kepada pasaran tempatan dalam kerangka Sarawak Gas Roadmap untuk mempertingkatkan nilai sumber gas negeri ini di peringkat tempatan.

Namun, SEDC Energy kini merupakan satu lagi entiti yang akan menjadi pemain penting untuk memperkasakan industri gas dan petrokimia di negeri Sarawak.

Perkara tersebut akan membolehkan Sarawak untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam industri minyak dan gas seperti mana aspirasi Kerajaan Negeri selama ini, demi kemajuan Sarawak dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menjamin Kerajaan Negeri Sarawak akan sentiasa mengenalpasti peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan KPDNHEP bagi menggalakkan pertumbuhan perdagangan dalam negeri, seterusnya membawa kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan