Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke Majlis Apresiasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) 2025, di Kuching pada Jumaat. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak perkasa biodiversiti ikut piawaian ESG

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan pelbagai agensi negeri dalam memperkasa tadbir urus alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti secara mampan, selaras dengan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG).

Beliau berkata, peranan aktif Sarawak Biodiversity Council (SBC) yang berjaya merangka undang-undang baharu bagi pembangunan biodiversiti Sarawak dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) wajar dipuji kerana mencerminkan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa.

“Dengan penekanan kepada ESG, apabila kita dapat bekerjasama dengan UNDP, ini bermakna kaedah kita mengurus dan mempertahankan usaha pemuliharaan adalah sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh UNDP.

“Dalam erti kata lain, kita selari dengan keperluan global, sekali gus menunjukkan standard kita dalam pengurusan biodiversiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) 2025 di sin, semalam.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh; serta Setiausaha Tetap MUDeNR, Datu Abdullah Julaihi.

Dalam ucapannya, Abang Johari turut menyambut baik kejayaan Sarawak Forestry Corporation (SFC) menjadikan kawasan Gua Niah diiktiraf di bawah pendekatan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), serta pengiktirafan Delta Sarawak sebagai Geopark Kebangsaan.

Selain itu, beliau turut memuji kejayaan Jabatan Hutan Sarawak yang telah berjaya menanam 35 juta pokok lebih awal daripada jadual asal.

Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan penggunaan spesies tempatan seperti Kalapayang bagi mempercepatkan pembangunan industri perhutanan berasaskan teknologi moden serta potensinya sebagai sumber biojisim.

Dari segi perundangan, Abang Johari mengumumkan penubuhan Bahagian Penyelidikan (Research Division) di Jabatan Peguam Negeri (SAG) bagi menyemak dan meminda undang-undang lama supaya lebih selari dengan keperluan semasa, termasuk berkaitan perdagangan karbon dan pemuliharaan hutan di bawah protokol karbon antarabangsa.

Beliau berkata, peranan aktif Sarawak Biodiversity Council (SBC) yang berjaya merangka undang-undang baharu dalam pembangunan biodiversiti Sarawak dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) wajar dipuji, sekali gus mencerminkan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa.

“Dengan penekanan kepada ESG, iaitu apabila kita dapat bekerjasama dengan UNDP, ini bermakna cara kita mengurus dan mempertahankan cara pemuliharaan kita adalah sejajar dengan garis panduan daripada UNDP.

“Dalam erti kata lain, kita selari dengan keperluan global yang sekali gus menunjukkan standard kita dalam pengurusan biodiversiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR) 2025, di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh serta Setiausaha Tetap MUDeNR, Datu Abdullah Julaihi.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyambut baik kejayaan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam menjadikan kawasan Gua Niah diiktiraf di bawah pendekatan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta Delta Sarawak sebagai Geopark Kebangsaan.

Selain itu, katanya, pujian juga diberikan kepada Jabatan Hutan Sarawak kerana telah berjaya menanam 35 juta pokok lebih awal daripada yang dijadualkan.

Pada masa sama, Abang Johari turut menekankan kepentingan penggunaan spesies tempatan seperti Kalapayang dalam mempercepatkan pembangunan industri perhutanan berasaskan teknologi moden dan potensi sebagai sumber biojisim.

Dalam konteks undang-undang, beliau mengumumkan pewujudan Research Division di Jabatan Peguam Negeri (SAG) untuk menyemak dan meminda undang-undang lama agar lebih selari dengan keperluan semasa, termasuk berkaitan perdagangan karbon dan pemuliharaan hutan di bawah protokol karbon antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan