Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyantuni tetamu yang bertandang ke Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) di Kuching pada Jumaat.

DUN Sarawak muktamadkan projek bina Galeri Ibnu Khaldun bernilai RM20 juta

KUCHING, 26 April: Pembinaan Galeri Islam di Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) bernilai RM20 juta dijangka direalisasikan selepas mendapat kelulusan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pihaknya kini berada dalam fasa akhir perbincangan untuk pembinaan galeri tersebut.

Menurutnya projek ini dijangka menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam memperkenalkan sejarah dan perkembangan Islam, khususnya di Sarawak.

“Sesuai dengan namanya, galeri ini akan mengetengahkan konsep yang akan membawa kepada pendekatan pembangunan di Sarawak, terutamanya melibatkan umat Islam yang menjurus kepada pembangunan ekonomi serta pemantapan ummah, yang mana konsep ini akan dikaitkan dengan falsafah Ibnu Khaldun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) di Kuching pada Jumaat.

Ujarnya, galeri tersebut akan turut dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah serta sejarah berkaitan Ibnu Khaldun, selain menyimpan semua maklumat-maklumat berkaitan sejarah lama termasuk kedatangan Islam, pentadbiran Islam, ilmuan-ilmuan Islam yang tersohor suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman Junaidi bersama-sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak, Tazudin Mohtar, menyantuni lebih 1,000 tetamu pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri IIC-MIS, malam tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan