Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Betty Bigombe di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto TVS

Uganda mahu teroka peluang kerjasama strategik minyak dan gas, pertanian dengan Sarawak

KUCHING, 25 April: Uganda menyuarakan minat untuk meneroka kerjasama strategik dengan Sarawak dalam industri minyak dan gas serta sektor pertanian dengan harapan membina hubungan dua hala yang saling menguntungkan bagi jangka masa panjang.

Menteri Tenaga dan Pembangunan Mineral Uganda, Ruth Nankabirwa berkata negara Afrika Timur itu berminat untuk belajar daripada pengalaman dan kepakaran Sarawak, khususnya dalam pengasingan gas dan pembangunan loji penapisan minyak, satu sektor yang kini berada pada fasa awal pembangunan di Uganda.

“Industri minyak dan gas merupakan salah satu fokus utama, memandangkan Uganda kini berada di peringkat awal pembinaan loji penapisan minyak dan kami sedia maklum bahawa Sarawak juga mempunyai kepakaran dalam bidang gas.

“Dari sudut pertanian pula, terdapat banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan Sarawak. Kami terlibat dalam penanaman kopi, pengeluaran tenusu, serta kelapa sawit. Kami juga sedang belajar daripada Sarawak dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menurutnya, sektor pelancongan turut disentuh dalam pertemuan empat mata itu yang dilihatnya berpotensi besar untuk diteroka memandangkan Sarawak dan Uganda mempunyai kepakaran masing-masing.

Pihaknya turut terbuka untuk menjalin kerjasama dalam sektor kritikal lain seperti perdagangan yang boleh membuka pasaran baharu antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemui media berkata, landskap tenaga Uganda yang didominasi 86 peratus hidroelektrik menyerupai struktur tenaga Sarawak, menjadikannya platform ideal untuk kerjasama.

“Uganda sedang meneroka sektor minyak dan gas. Ini membuka peluang besar kepada syarikat berkaitan negeri seperti PETROS untuk terlibat. Potensi strategik ini wajar dimanfaatkan,” katanya.

Sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala, Bigombe turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Abang Johari dan Hazland untuk mengadakan lawatan kerja ke Uganda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan