Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjadi ahli panel dalam sesi perbincangan bertajuk “A Whole of System Approach Addressing the Energy Trilemma” pada Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga yang berlangsung di Lancaster House, London, pada Khamis. Foto Fadillah Yusof (FB)

Malaysia fokus realisasikan Grid Tenaga Asean

ByLuqman Muhammad

LONDON, 25 April: Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun ini komited memacu usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN bagi memperkukuh keterjaminan tenaga serantau, meningkatkan akses tenaga adil dan memastikan penyediaan tenaga elektrik mampu milik untuk semua negara anggota.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama Malaysia sepanjang tempoh pengerusian adalah untuk merangka peraturan dan dasar yang menyokong pertukaran tenaga merentas sempadan seterusnya memperkukuh kerjasama serta integrasi tenaga antara negara ASEAN.

“Usaha ini penting bagi menangani cabaran keterjaminan bekalan tenaga dengan menekankan kecekapan pengurusan tenaga serta pengoptimuman sumber penjanaan. Ia membolehkan negara yang kurang sumber menjana tenaga dan mendapat bekalan daripada negara yang mempunyai kelebihan dalam sumber tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sesi perbincangan bertajuk “A Whole of System Approach Addressing the Energy Trilemma” pada Sidang Kemuncak Masa Depan Keselamatan Tenaga yang berlangsung di Lancaster House, London, pada Khamis.

Mengulas pendekatan Malaysia terhadap peralihan tenaga, Fadillah berkata, ia dilaksanakan berdasarkan dasar yang jelas berlandaskan keselamatan bekalan dan kelestarian alam sekitar selaras dengan pandangan Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol.

“Komitmen Malaysia dizahirkan menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang memberi penekanan terhadap keterjaminan tenaga di peringkat nasional dan serantau. Kami mahu memastikan strategi tenaga negara kekal berfokus dan berpandukan matlamat jangka panjang,” ujarnya.

Sidang Kemuncak anjuran IEA dan Kerajaan United Kingdom ini menghimpunkan pembuat dasar dari seluruh dunia bagi merintis tindakan kolektif dalam membentuk masa depan tenaga yang selamat, mampan dan berdaya saing secara global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan