Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, serta sebagai sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat. Foto Astana Negeri Sarawak

LPB serah zakat perniagaan RM2 Juta kepada TBS

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 April: Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, serta sebagai sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Majlis penyerahan berlangsung di Astana Negeri Sarawak dan telah disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Menurut kenyataan Tun Wan Junaidi di laman Facebook rasminya, LPB yang diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Sharkawi Alis, telah menyerahkan sumbangan zakat tersebut kepada Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Sumbangan tersebut, jelasnya, selaras dengan usaha untuk memperkukuh hubungan strategik antara sektor korporat dan institusi agama.

Tun Wan Junaidi berharap agar sumbangan zakat daripada agensi-agensi di Sarawak dapat diurus dengan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam, khususnya golongan asnaf, anak-anak yatim, serta mereka yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Turut hadir, Pengurus Besar LPB, Mizool Amir Mat Drus; Penolong Pengurus Besar (Operasi), Kapt. Zakhir Khan Yusoff; dan Penolong Pengurus Besar (Pentadbiran, Kewangan, Perolehan dan Aset), Hida Jerman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan