Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei mengeluarkan sebanyak 40 notis ketidakpatuhan melibatkan pelbagai jenis kesalahan dalam Ops Pengarah yang diadakan di Jalan Hua Ee di sini, semalam.

105 kenderaan diperiksa, 40 notis saman dikeluarkan

SARIKEI, 25 April: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei mengeluarkan sebanyak 40 notis ketidakpatuhan melibatkan pelbagai jenis kesalahan dalam Ops Pengarah yang diadakan di Jalan Hua Ee di sini, semalam.

Operasi tersebut diketuai Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim dan disertai beberapa pegawai serta anggota penguat kuasa dari JPJ Cawangan Sarikei.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, sebanyak 105 kenderaan diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah tiada lesen memandu GDL, cukai jalan tamat tempoh serta beberapa kesalahan teknikal lain.

“Pelaksanaan operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kenderaan persendirian dan perdagangan,” menurut kenyataan tersebut.

Operasi dijalankan bagi mengesan ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334).

JPJ Sarawak terus komited dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Kita ingin ingin menegaskan kepentingan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya dan menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi segala peraturan yang sedang berkuat kuasa demi keselamatan bersama,” jelas kenyataan tersebut.

Turut hadir semasa operasi ialah Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Saifullah Ali dan Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Yusuf Andan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan