Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
353159

Kek & Pastri EP 12

Kek & Pastri kali ini hos Nabila Huda & Dr. Ezani Monoto ditemani Rhys William.

Resipi

1. Shepherd’s Pie Black Pepper

Bahan-bahan

Inti Shepherd’s Pie Black Pepper:
● Minyak zaitun – Minyak zaitun
● 8 ulas bawang putih – 8 ulas bawang putih
● 1 biji bawang merah besar -1 biji bawang merah besar
● 1 batang lobak merah – 1 batang lobak merah
● 1 batang saderi – 1 batang saderi
● Mixed herbs – Herba campuran
● Daun salam – Daun salam
● 1kg daging cincang – 1 kg daging cincang
● 35g tepung – 35 gram tepung
● 55g pes tomato – 55 gram pes tomato
● 2 tin tomato cincang – 2 tin tomato cincang
● 2 cawan air/ 2 kiub daging – 2 cawan air/ 2 kiub daging
● Sos Worcestershire – Sos Worcestershire
● Garam – Garam apong
● Lada hitam – Lada hitam

Mashed potato:
● 2kg kentang – 2 kg kentang
● 2/3 cawan susu – 2/3 cawan susu
● 30g mentega – 30 gram mentega
● Lada hitam – Lada hitam
● Keju parmesan – Keju parmesan
● Minyak zaitun – Minyak zaitun

Cara membuatnya

Cara memasak inti
● Tuangkan minyak, tumis beberapa bahan – bawang besar, bawang putih, lobak merah dan saderi.
● Apabila bahan sudah masak, masukkan daging cincang, garam apong, herba campuran, daun salam, lada hitam, tepung gandum, tomato sos, tomato pes, sedikit air, kiub daging, sos Worcestershire dan biarkan hingga mendidih.
● Potong kentang kepada 4 bahagian supaya cepat masak, rebus dan masukkan sedikit garam.
● Apabila kentang sudah empuk, gaulkan dengan mentega, garam, lada hitam dan susu gaulkan sehingga sebati.
————————————————————————————————
● Masukkan bahan – bahan yang telah ditumis tadi ke dalam bekas dan letakkan ramuan kentang rebus tadi di atasnya.
● Parutkan keju dan masukkan sedikit minyak zaitun di atasnya.
● Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama beberapa minit.
● Sedia untuk dihidang.

2. Cheese Toast Daging Hitam / Dendeng Cili Geronong

Bahan-bahan

● Roti country loaf – Roti country loaf
● Daging/dendeng – Daging/dendeng
● Keju Mozzarella – Keju Mozzarella
● Keju Cheddar – Keju Cheddar
● Keju Jalapeno – Keju Jalapeno
● Mentega – Mentega
● Cili Geronong – Cili Geronong
● Keju Parmesan -Keju Parmesan

Cara membuatnya

● Potong nipis roti country loaf, sapukan mentega dan letakkan bahan bahan lain ke atasnya seperti daging dendeng, cili Genorong, 3 jenis keju yang telah diparut iaitu Mozzarella, Cheddar dan Jalapeno.
● Bakar dalam ketuhar dengan teknik “setting grill” atau “broil” ( masak hanya pada bahagian atas sahaja).
● Setelah dibakar, keluarkan dan panggang di atas kuali serta parutkan keju di atasnya.
● Siap untuk dihidang.

3. Tofu Donut

Bahan-bahan

● 300g tauhu lembut – 300 gram tauhu lembut
● 30g gula kastor – 30 gram gula kastor
● 150g tepung gandum -150 gram tepung gandum
● 14g baking powder – 14 gram serbuk penaik
● ½ sudu kecil garam – ½ sudu kecil garam
Hiasan:
● Serbuk kayu manis – Serbuk kayu manis
● Minyak – Minyak
● Strawberi – Strawberi

Cara membuatnya

● Lenyekkan tofu lembut dalam penapis, masukkan tepung gandum, gula kastor,garam, serbuk penaik dan gaul sehingga kembang.
● Panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan kemudian toskannya.
● Masukkan gula dan serbuk kayu manis ke dalam bekas seterusnya gaulkan kedua-dua bahan ini.
● Akhir sekali, masukkan tofu goreng dan gaul.
● Hiaskan strawberi di atasnya.

Enjoyy!

More Like This