Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini. Foto fail AFP

Presiden Maldives Muizzu akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala

ByBernama

NEW DELHI, 25 April: Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama baharu di peringkat serantau dan global.

Beliau akan diiringi oleh delegasi yang terdiri daripada menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan sepanjang lawatan dari 27 hingga 30 April itu, yang diadakan atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan Pejabat Presiden Maldives pada Khamis.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Muizzu ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Presiden pada November 2023.

“Semasa lawatan itu, Presiden akan mengadakan pertemuan dan rundingan rasmi dengan Perdana Menteri, dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global serta meneroka kerjasama baharu antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kerjasama utama akan dimeterai sepanjang lawatan itu.

Muizzu juga akan menghadiri forum perniagaan, berinteraksi dengan pelabur terkemuka Malaysia dan menyampaikan syarahan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan