MIRI, 25 Apr: Projek terminal lori yang dibangunkan di Miri dijangka mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan dengan tender semula dikeluarkan 25 Februari lalu.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pembangunan projek tersebut adalah untuk membantu menyusun semula operasi lori ke pelbagai lokasi.
“Dengan terminal lori ini, kita menyediakan kemudahan gudang dan penginapan dengan harga berpatutan. Pada masa sama turut dibangunkan tempat membaiki dan meletakkan lori pada waktu malam.
“Jadi, setiap hari kita mempunyai hampir 30 lori, mereka datang dari Kuching, Sibu dan sebagainya. Biasanya lori-lori ini akan melalui perjalanan jauh ke Limbang, Lawas dan Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Industri Pengangkutan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di sini pada Khamis.
Menurutnya, selepas projek tersebut siap kelak, pemandu lori jarak jauh mempunyai terminal bersepadu dan tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan.
“Projek ini merupakan sebahagian komitmen Kerajaan Sarawak untuk memajukan infrastruktur pengangkutan di Miri dan kawasan sekitarnya demi memberi keselesaan kepada masyarakat sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan,” ujarnya.
Kim Shin menjelaskan, projek dengan peruntukan RM20 juta itu akan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM)-TVS