Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Hoe Yean raih emas berganda Renang Terbuka Malaysia 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 April: Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan di sini, hari ini.

Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli  acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.

Pingat perak acara tersebut dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.

Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.

Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.

“Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).

“Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini,” kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan