Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadamkqn kereta terbakar di Jalan Kilang, petang tadi. Foto JBPM

Orang awam bantu padamkan kereta

KUCHING, 24 April: Tindakan pantas orang awam berjaya membantu memadamkan kereta terbakar di Jalan Kilang, di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Tahir Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.23 petang dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Jenis Honda Jazz yang terbakar 80 peratus di bahagian enjin serta bahagian pemandu.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan disebabkan kebakaran telah dipadam oleh orang awam menggunakan empat unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum anggota bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan anggota bomba hanya memastikan kebakaran padam sepenuhnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan